Make your own free website on Tripod.com


TIDAK BOLEH BERANAK &
KAITANNYA DENGAN SIHIR

 

 

Soalan : Saya salah seorang daripada empat beradik lelaki dan saya juga mempunyai seorang saudara perempuan, semuanya dah berumahtangga telah lama, tapi tak ada seorang pun dari kami yang telah melahirkan anak. Kami telah berjumpa doktor pakar bagi mengadu masalah kami ini, namun mereka menyatakan bahawa  kami tidak mempunyai masalah kesihatan, mampu melahirkan anak, bahkan tidak ada langsung faktor-faktor keturunan yang menunjukkan kemandulan. Sesetengah orang menyatakan kepada kami bahawa masalah ini disebabkan oleh sihir atau biasanya kerana doa orang yang dizalimi yang mana ayah kami pernah bertelingkah dengan seorang jiran perempuannya, dan perempuan itu telah dizalimi. Terima kasih. - Sayyed, Mesir

Tarikh
: 28 Jun 2003
Mufti
.

Jawaban :

Berkata Fadhilah Dr. Husam El Din bin Musa 'Ufaanah, profesor Fiqh dan usul Fiqh di Universiti Al-Quds, Paletin :-

Saudara penanya hendaklah merujuk kepada doktor yang pakar dalam masalah ini, kerana kemungkinan tidak dapat melahirkan anak itu disebabkan masalah kesihatan, para doktor lah yang layak mengesahkannya.

Sekiranya tiada apa-apa halangan daripada segi kesihatan atau keturunan mandul, maka kemungkinan ia disebabkan oleh sihir. Dalam keadaan ini, ia kena berusaha melepaskan diri daripada sihir, iaitu dengan membaca ayat-ayat Al-Quran al-Kareem dan doa-doa orang wara' dan bertaqwa. Tidak boleh pergi cari tukang-tukang sihir bagi meleraikan sihir yang terkena pada dirinya. Dalam hadis Jabir bahawa Nabi r telah ditanya mengenai "nasyrah", (iaitu meyingkirkan kuasa sihir), lalu baginda r  bersabda {     }, maksudnya, "ia adalah daripada pekerjaan syaitan". - diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Daud, sanadnya adalah hasan.

Penanya dan saudara-saudaranya hendaklah bertaubat kepada Allah I, memperbanyakkan baca Al-Quran, selalu berzikir dan mengamalkan doa-doa yang ma'thurah serta senantiasa meminta pertolongan daripada Allah I supaya dihilangkan daripada mereka sebarang bentuk kejahatan. Allah I telah berfirman :

{  }
Maksudnya : "Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang mendoa apabila ia berdoa kepada-Ku
" - Al-Baqarah : 186

{    }
Maksudnya : "Atau siapakah yang memperkenankan (doa) orang yang dalam kesulitan apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghilangkan kesusahan dan yang menjadikan kamu (manusia) sebagai khalifah di bumi ? Apakah di samping Allah ada tuhan (yang lain) ? Amat sedikitlah kamu mengingati(Nya) " - An-Naml : 62

Empat beradik tadi juga mestilah membersihkan segala kezaliman yang dilakukan oleh bapa mereka terhadap jirannya, mengembalikan hak-hak yang telah dicuri semampu yang boleh dan memperbanyakkan bersedekah, mudahan-mudahan dengan cara begitu Allah akan melepaskan mereka daripada malapetaka.

Saya mengingatkan saudara yang bertanya supaya membaca beberapa ayat Al-Quran al-Kareem yang boleh (dengan izin Allah) mengubat sihir dan menghilangkannya terus dari dalam diri. Ayat-ayat itu ialah :

1) Ayat Kursi

2) {   } hingga akhir

3) {   } hingga akhir

4) {   } hingga akhir

5) Surah Yunus, ayat : 79 - 82 { * * *   }

6) Surah Taha, ayat : 65 - 69 * * * *   }

 

Sumber : Islam-Online (Edisi Arab) - tarikh lawatan : 29 Jun 2003

 

Fatwa berkaitan :
1)  
(Kaedah-kaedah Syara' bagi mengelak daripada sihir)
2)   
(Minta pertolongan ahli-ahli sihir bagi menyingkirkan sihir)
 

 

 

   
  .
[Home]
 

 

Hakcipta Mazuki Izani El-Besuty (29 Jun 2003)